Wednesday 31 July 2013

Persediaan untuk Raya Aidil Fitri







Assalamualaikum... Wow, lagi 8 ari je lagi nak raya.. So geng, amacam dengan u olz punye persediaan? Baju raya nye, kuih raya nye, langsir raya nye, perabot raya ye..... serba serbi baru untuk raya ye? hahahaha.. 








Ada yang beraya bersungguh2, ade juga yang beraya sederhana sahaja, dan ade juga yang beraya dengan apa yang ade sahaja. Motifnye, nak meraikan selepas berjaya menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Cukup pose? hahaaha sendri mau ingat k... Masa bulan Ramadhan ni la pun kita sebuk nak bershopping, ade yang sebuk anta kad( ada lagi ke?).... Sebenarnya, tak kira la beraya ke, kenduri ke, party ke, sebaiknya belanja la mengikut keperluan dan kesederhanaan. Kenapa? Kita kena selalu mengingati diri kita, rezeki yang kita dapat adalah datang dari Allah. Bermakna, rezeki kita patut dikongsi... Dengan siapa nak berkongsi? Cuba kita fikirkan, golongan yang tidak berkemampuan mcm anak yatim, warga emas, fakir miskin, peminta sedekah dan lain2... Utamakan saudara terdekat dahulu... Ape kelebihannya? Haa, bukan ke sebagai orang Islam kita dituntut supaya sentiasa berbaik2 dan melindungi sesama saudara Islam.. Kedua, lebih banyak kita sedekah dan bantu orang dlm kesusahan, Allah akan gandakan lagi rezeki kita.. Syukur Alhamdulillah.. Seronokkan kalau sume orang hepi2...


Selain dari shopping2, persiapan juadah raya korang lak macam mana? Kalau family Fiza, standard menu la, sambal goreng jawa, lontong jawa, lemang, rendang ayam kampung, daging masak kicap, kuah lodeh, kuah kacang.. kuih2 raya lak tak kisah pun, bli kat kawan2 je.. Kuih raya ape yang femes? Tart nenas, tart bunga, semprit, almond london, batang buruk, kek lapis sarawak,tart blueberry, kuih kacang, cornflakes, sarang semut, and macam2 la lagi....huhu banyak da sekarang ni...


  
Fiza paling suka masa sehari sebelum raya.. Mmg best la time tu, terasa betul Raya is a special day. Masa tu la nak kemas umah, tukar langsir, masak2 utk juadah raya .. Pastu sebelum tdo da pk, bape duit raya nak dpt(ms kecik dulu2 la), nak cakap ape ms salam raya....hahahaha 

Contoh rumah raya.....lip lap lip lap....


Semoga Raya tahun kali ini akan jadi lebih bermakna untuk kita semua.. Pada yang balik kampung jauh2 tu, hati2 memandu. Yang nek bas tu, beli tiket awl2, kalau boleh jgn tdo byak sgt dlm bas, sntiasa berwaspada ye.. Fiza pun nak ambil kesempatan ni untuk mohon maaf pada semua sekiranya ade statement yang iritating or annoying kan korang. Maaf Zahir dan Batin.